Tuesday, 2 October 2007

Kereta Jemy Kemek

Pada hari ini bertarikh 2 October 2007 (20th Ramadan 1428) lebih kurang pukul 10 malam selepas menunaikan solat terawikh kat Wangsa Maju aku hantar Jemy ke Maybank Sri Gombak untuk mengeluarkan duit. Selepas menurunkan Jemy, aku terpaksa membuat satu pusingan kerana tiada tempat untuk park kereta. Aku pun drive kereta dengan agak perlahan. Bila aku nampak je dia keluar dari Maybank tu aku pun bergegas la nak ambil dia.

Masa nak masuk ke simpang tu ada sebuah kereta Nissan Sentra yang dipandu oleh seorang mamat ni teragak-agak nak keluar simpang tu. Aku pun terus je masuk simpang tu bila dia keluar tanpa menoleh ke sebelah kiri. Tetiba aku terdengar sesuatu bunyi yang kuat kat sebelah kiri pintu belakang. Aku rasa seolah-olah macam tau je yang aku dah terhimpit 4WD yang parking kat situ.

Selepas ambil Jemy aku rasa cam tau je yang aku dah kemekkan kete Bucux. So aku park kereta depan Pasaraya Wasbudi untuk meneliti kerosakan yang telah disebabkan oleh aku. Rupa-rupanya kerosakan itu agak teruk la jugak. So time tengah miskin ni la pulak aku buat hal. Padahal selalu tu takde pun nak jadi camni.

Hajat hati pastu nak gi Giant Batu Caves nak gi beli Milo sebab sok nak sahur xde lak air panas nak minum. Tapi dah kena camni hati pun rasa sedih sebab aku dah kemekkan kereta dia. Sian Jemy, kereta tu dah la tak cukup setahun lagi dah kemek. Ni memang salah aku.

Jemy, minta maaf banyak-banyak eh..Huhu..
(",)

No comments:

Post a Comment