Sunday 8 November 2009

Membongkar Misteri Dajjal

"Membongkar Misteri Dajjal" adalah tajuk buku yang aku baca siang tadi. Alhamdulillah aku telah berjaya menghabiskannya dalam masa sehari je..:)

Buku ini adalah tulisan Saudara Muhamad Nurani Ma'arif. Buku ini telah menyentuh beberapa perkara yang menjadi persoalan kita semua. Penerangan mengenai Dajjal di dalam buku ini telah disokong oleh  beberapa hadis dan sumber rujukan daripada pengkaji Islam dan Barat.

Pada pendapat aku pengisian buku ini amat menarik untuk dibaca. Setiap isi disampaikan dalam bahasa yang mudah bagi merungkai segala persoalan mengenai Dajjal.

Jadi selepas membaca buku ini aku telah mendapat sedikit kefahaman mengenai beberapa perkara mengenai Dajjal & fitnah2 yang akan dibawa oleh Dajjal.

Jadi, aku mencadangkan buku ini bagi sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Dajjal. Untuk maklumat lanjut boleh klik di sini.