Aku telah terjumpa dengan satu portal yang amat berguna untuk merancang pembelian barang-barang keperluan harian. Portal ini dinamakan Portal Smart Consumer (Pengguna Bijak cam aku..hehe..). Jenis-jenis premis yang tersenarai adalah seperti Hypermarket, Pasaraya / Supermarket dan juga pasar basah besar & kecil. Semasa aku menulis ni terdapat kira-kira 100 barang-barang yang disenaraikan dan mungkin akan bertambah lagi agaknya.
URL portal tersebut, www.smartconsumer.my
Portal Smart Consumer dibangunkan oleh phak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) atas dasar untuk memberi pengetahuan dan pendidikan kepada pengguna dalam isu-isu berkaitan kepenggunaan secara atas talian. Ini adalah sebagai saluran alternatif bagi pengguna untuk mendapatkan maklumat secara mudah mengenai hal-hal berkaitan kepenggunaan selain daripada portal rasmi pihak Kementerian.
Melalui portal ini, pengguna boleh membuat perbandingan harga semasa barang-barang keperluan melalui ruangan Price Watch dan juga Smart Pengguna, tips-tips pengguna pula memberikan pelbagai informasi berkenaan kepenggunaan merangkumi isu automotif, kesihatan, pemakanan dan makanan, kewangan dan lain-lain lagi. Ruangan laman sembang (chat room) juga disediakan untuk pengguna berinteraksi sesama lain manakala ruangan forum dibangunkan atas kesedaran untuk memberikan pengguna satu medium untuk meluahkan pendapat dan pandangan mereka terhadap isu kepenggunaan semasa di dalam negara.
Pihak Kementerian berharap dengan adanya portal smartconsumer.my ini ianya akan menjadi satu platform yang berguna untuk seluruh masyarakat pengguna di Malaysia dalam mendapatkan informasi dan berkongsi maklumat berkaitan isu-isu kepenggunaan agar kita dapat melahirkan golongan pengguna yang bijak dan bermaklumat.(Petikan dari laman web tersebut).
Kalau nak cuba, lawat portal tersebut klik pada Price Watch. Kemudian pilih lokasi, premis, barang utk & klik "Perbandingan Harga Mengikut Premis".