Sunday 3 July 2011

Terapi Dr Jism Al Jabar

Hari ini aku hantar abah pergi buat terapi Dr Jism Al Jabar di Karak. Kedai tersebut adalah kedai gunting rambut bersebelahan dengan Pasaraya Sri Tahan yang menyediakan perkhidmatan ini. Termasuk hari ini sudah 3 kali abah buat terapi ni. Tarikan utama tentulah harganya cuma RM2 sejam sahaja. Bukan setakat itu sahaja, untuk perkhidmatan gunting rambut pula adalah sangat murah berbanding tempat lain. Harganya dalam lingkungan RM3 hingga Rm6 bergantung kepada potongan rambut.

Bila tuan punya kedai gunting rambut ini buka pagi-pagi lagi sudah ada 3 pelanggan yang sudah menunggu. Rupa-rupanya ramai juga orang yang mempunyai masalah kesihatan dan ingin mencuba terapi Dr Jism ini. Harga yang murah memang memainkan peranan sebagai daya tarikan.

Apakah terapi ini benar-benar berkesan? Kena cuba dulu baru tahu.

Sekian buat kali ini sebab aku menulis hanya mengisi masa lapang menunggu abah.

Share/Bookmark