Soalan
Apakah hukumnya jika mengungkit atau cuba mengingatkan pada anak di bawah jagaan selama dia membesar kita banyak berkorban untuknya? Jika diminta, patutkah anak tersebut membayar apabila dewasa? bagaimana jika tidak berkemampuan? macamana pula jika anak itu tidak sempat membayar tetapi orang yang menjaganya meninggal dunia. Patutkah disedekah ke badan-badan kebajikan dengan nama beliau. harap dapat memberi perjelasan. tq
Jawapan
Setiap perkara yang dilakukan secara ikhlas adalah besar ganjaran di sisi Allah, lebih-lebih lagi dalam membesarkan anak-anak yang menjadi kewajipan kepada ibu bapa. Tidak ada sebab mengapa ibu bapa perlu mengungkit kembali. Ibu bapa sepatutnya menjadi contoh kepada anak-anak supaya mendapat keberkatan dalam hidup. Ibu bapa perlu banyak berdoa untuk kebaikan anak-anak, bukan sebaliknya menuntut sesuatu yang tidak sepatutnya.
Menjadi tanggung jawab anak untu berbakti kepada kedua ibu bapanya samada semasa mereka hidup atau setelah mereka meninggal dunia. Oleh itu anak-anak boleh melakukan kebajikan kepada ibu bapanya walaupun mereka sudah meninggal dunia. Contohnya memberi sedekah dan meniatkan untuk dihadiahkan pahala kepada si mati dan bukan berniat untuk membayar.
Reference: Islam GRID
No comments:
Post a Comment