Tuesday 13 May 2014

Sudah 2 Hari Tak Gosok Gigi

Hari ini genap 2 hari aku tak gosok gigi.

Sebabnya adalah aku tengah mencuba menggunakan kayu sugi.

Kayu sugi ni dibeli di Masjid Keramat berhadapan dengan kedai nasi ayam Mash. Harganya cuma RM2 dan diimport dari Pakistan.

Mamat Pakistan tu ada juga menjual minyak wangi dan kopiah. Maka, aku beli kayu sugi ni untuk sesi percubaan. Sekiranya berjaya, aku pakai kayu sugi aje la lepas ni.

No comments:

Post a Comment