Sunday, 17 January 2010

Video 7 Habits of Highly Effective People

Video ringkasan daripada 7 Habits of Highly Effective People.

 

Kalau nak baca tulisan aku yang lepas mengenai 7 Habits of Highly Effective People boleh la klik di sini.

Inilah latihan yang aku pergi dulu tapi dalam bahasa melayu di Franklin Covey Malaysia, Petaling Jaya, 7 Tabiat Orang Yang Sangat Berkesan.



Thursday, 14 January 2010

The Seven Habits of Highly Effective People

The Seven Habits of Highly Effective People, first published in 1989, is a self-help book written by Stephen R. Covey. It has sold over 15 million copies in 38 languages since first publication, which was marked by the release of a 15th anniversary edition in 2004. Covey argues that effectiveness is achieved by aligning oneself to what he calls "true north" principles of a character ethic that he believes to be universal and timeless.

The chapters are dedicated to each of the habits, which are represented by the following imperatives:

Dependence to Independence
  • Habit 1: Be Proactive: Principles of Personal Choice
  • Habit 2: Begin with the End in Mind: Principles of Personal Vision
  • Habit 3: Put First Things First: Principles of Integrity & Execution

Independence to Interdependence
  • Habit 4: Think Win/Win: Principles of Mutual Benefit
  • Habit 5: Seek First to Understand, Then to be Understood: Principles of Mutual Understanding

Continual Improvement
  • Habit 7: Sharpen the Saw: Principles of Balanced Self-Renewal of body


Source: Wikipedia


Sunday, 10 January 2010

Video Menguruskan Perut

Tengah aku surf internet terjumpa pula dengan satu video senaman yang bagus. Video ni aku terjumpa di  website RealAge.com. Tak perlu keluarkan duit, cuma perlu rajin je nak buat. Jadi memandangkan perut aku pun dah tak berapa nampak otot-otot yang sasa, jadi video ni perlu aku praktikkan.



Ini link dia: http://www.realage.com/videos/#v18292066001

Selepas menonton video ni nampak macam senang je nak buat. Tapi terpulanglah pada tahap kerajinan aku.


Thursday, 31 December 2009

Selamat Tahun Baru 2010

Dalam sekelip mata sahaja dah sampai ke tahun 2010. Rasa seperti baru je masuk tahun 2009 tapi dalam masa setahun ni tak banyak pencapaian yang  boleh aku banggakan. Tahun 2010 ni nampaknya aku kena berazam untuk berusaha lebih keras lagi daripada tahun-tahun yang lepas (28 tahun dah berlalu..).

Jadi tindakan aku lepas ni adalah membuat Penyata Misi (Mission Statement) bagi tahun 2010. Harap-harap setiap misi aku akan berjaya dicapai. Tapi sekarang aku masih belum ada mood nak buat penyata misi aku, jadi tunggu tahun depanlah aku buat (beberapa jam je lagi..hehe..).

Inilah cabaran-cabaran awal yang harus aku lalui bagi menghadapi segala batu penghalang setiap misi-misi aku. Jadi halangan-halangan yang sebenarnya ada di dalam diri aku sendiri. Musuh aku yang sebenarnya adalah diri aku sendiri! Dinding penghalang yang sangat tebal yang harus dirobohkan segera. Untuk berubah memerlukan masa tetapi aku akan pastikan akan ada perubahan walaupun sedikit.

Walaubagaimanapun, aku berazam tahun ini akan jadi lebih baik dari tahun sudah. Aku akan mencuba untuk membuat perkara-perkara baru dan mempelajari benda-benda baru.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010!


Tuesday, 29 December 2009

Muscle Diagram

Pernah tertanya-tanya macam mana bentuk otot-otot dalam badan kita? Berapa banyak otot-otot yang kita ada? Apa nama-nama otot-otot kita?

Inilah rupa otot-otot pada badan kita. Ada macam-macam nama yang agak saintifik. Jadi memang susah nak ingat. Tapi tak mengapa kalau terlupa boleh rujuk pada gambar ini.




Kalau nak lihat diagram yang lebih interaktif boleh la tengok di sini.
http://stepitupaz.com/muscleDiagram.html

Kenapa aku tiba-tiba je nak tahu pasal semua benda ni? Jawapannya saje je nak tahu sebab tak pernah ambil tahu.

Thursday, 17 December 2009

Selamat Tahun Baru 1431H

Selamat menyambut Tahun Baru 1431Hijrah. Semoga kita akan diberkati di tahun baru ini. Insyaallah.

Sunday, 8 November 2009

Membongkar Misteri Dajjal

"Membongkar Misteri Dajjal" adalah tajuk buku yang aku baca siang tadi. Alhamdulillah aku telah berjaya menghabiskannya dalam masa sehari je..:)

Buku ini adalah tulisan Saudara Muhamad Nurani Ma'arif. Buku ini telah menyentuh beberapa perkara yang menjadi persoalan kita semua. Penerangan mengenai Dajjal di dalam buku ini telah disokong oleh  beberapa hadis dan sumber rujukan daripada pengkaji Islam dan Barat.

Pada pendapat aku pengisian buku ini amat menarik untuk dibaca. Setiap isi disampaikan dalam bahasa yang mudah bagi merungkai segala persoalan mengenai Dajjal.

Jadi selepas membaca buku ini aku telah mendapat sedikit kefahaman mengenai beberapa perkara mengenai Dajjal & fitnah2 yang akan dibawa oleh Dajjal.

Jadi, aku mencadangkan buku ini bagi sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Dajjal. Untuk maklumat lanjut boleh klik di sini.